ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Disember 2023.


1. Angka kematian letusan Gunung Marapi Indonesia meningkat kepada 23 orang

Angka kematian akibat letusan Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat di Indonesia meningkat kepada 23, kesemuanya pendaki, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Rabu.



2. Israel dakwa berjaya kepung Khan Younis

Tentera Israel mendakwa berjaya mengukuhkan kedudukan di sekitar Bandar Utama Selatan Gaza, Khan Younis pada Selasa.


3. Gaza semakin buruk setiap jam - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata keadaan di Semenanjung Gaza semakin memburuk setiap jam.


4. Empat negara ASEAN alami 26 bencana minggu lepas - Pusat AHA

Empat negara ASEAN - Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand - menyaksikan 26 kejadian bencana minggu lepas, menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre).


5. COP28: Kewangan iklim jadi halangan terbesar buat negara membangun - Nga Kor Ming

Ketelusan penyaluran kewangan iklim menjadi halangan terbesar untuk negara membangun untuk mencapai inisiatif mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.


6. Angka kematian akibat banjir El Nino di Kenya cecah 160 orang

Jumlah kematian banjir yang tercetus akibat El Nino di Kenya meningkat kepada 160 orang, dengan 529,120 orang daripada 105,824 isi rumah kehilangan tempat tinggal, menurut jurucakap kerajaan Isaac Mwaura pada Selasa.


7. Cuaca di Siberia jatuh -58 darjah celcius

Cuaca Artik menyelubungi Rusia dengan suhu di hutan Siberia jatuh kepada -58 darjah Celsius, pada Selasa.


8. Dasar kemasukan tanpa visa membuahkan hasil yang positif, kata China

Beijing pada Selasa berkata program kemasukan tanpa visa untuk enam negara telah membuahkan "keputusan positif," dengan peningkatan bilangan pengunjung yang memasuki wilayah China sejak awal Disember.


9. Pemilihan Presiden AS: Joe Biden tidak pasti bertanding kalau Donald Trump tidak bertanding

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengakui, keputusannya untuk kembali bertanding pada pemilihan presiden 2024 kerana pesaingnya dari Republikan, Donald Trump, turut mencuba nasib bagi penggal kedua.


10. Guna AI tentukan umur penonton kandungan lucah di bawah garis panduan baharu UK

Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian, pada Selasa.